oh.. kawen.. dan hujan soalan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Kawen.. kawen itu bukan macam berkawan ok...
kawen itu suatu ikatan untuk seumur hidup..

Bila orang tanya aku soalan "bila nak kawen??" 
atau soalan penyata yang berbunyi "nak tunggu kenduri kau, ntah bila la??"
itu soalan paling sengal yang aku pernah dengar.. especially dari mulut kakak aku..
cuba la tanya soalan bila kau nak dapat gelaran doc. -ok itu pun soalan sengal juga-
tak perlu tanya soalan yang belum pasti lagi bagaimana keadaannya.. sebab dia akan melahirkan kekecewaan.. biarlah dia hanya perancangan untuk diri sendiri.. biar aku yang berusaha mendapatkannya.. orang lain akan nampak nanti..

kalau tanya soalan "hah.. bila kau nak start writing..??" aku ada jawapannya.. nie tengah buat la nie.. mesti siap  before 21hb.. because my supervisor dah suruh submit untuk chapter 1,2,3.. kan bagus tanya soalan yang aku sendiri dah ada jawapan.. daripada benda yang tak pasti macam mana dan macam angan-angan.. bikin fikiran pun jadi mat jening jew kan..


aku sebenarnya bukan anti perkahwinan.. atau terlalu mengejar kejayaan.. aku nampak masa depan.. dan aku inginkan kebahagian.. so bila diri sendiri belum ada kerjaya.. dan suami pun kita tak tahu siapa.. tak kew kita perlu cari dulu kesempurnaan untuk diri sendiri dan juga bakal keluarga nanti.. sekurang-kurangnya kita ada sedikit aset.. untuk jaga kita di masa hadapan.. yang kita tak pasti macam mana perjalanan yang jauh tue.. 

kalau dikatakan takut dengan kepincangan institusi rumah tangga kini pun ada juga.. tue salah satu perkara yang mendorong aku untuk fikir panjang bagi memilih calon suami.. takut weh.. sangat takut.. takut dengan perangai bakal suami kita.. takut dengan sebagainya.. kaki pukul kew apa.. panas baran kew.. nauzubillah minzalik.. so semuanya perlu fikir dan nilai.. peranan suami isteri adalah saling melindungi dan saling menjaga.. tapi kalau benda tue pun dicalari apa fungsinya berkahwin..  ok.. aku memang kuat berfikir.. terutama benda mengarut.. itu menjadikan keadaan bertambah semakin buruk.. tapi bila dalam keadaan buruk pandai pulak aku berfikiran positif..

dan lagi satu yang pasti.. aku rasa.. aku belum ready untuk jadi seorang isteri yang terbaik untuk suami aku.. nak pula dengan insomnia aku nie.. sukar gila nak tidur malam.. macam mana nak jaga makan pakai laki esok pagi.. mau membuta aku.. nak kew mak mertua aku bermenantukan menantu macam aku nie kan.. kalau kerja atau study boleh la aku siapkan malam.. siang aku membuta..  kalau bab makan.. urmm.. ntah.. perlu banyak masa untuk aku lengkapkan diri menjadi isteri yang sempurna.. sesungguhnya aku sangat sukakan kesempurnaan.. walaupun kesempurnaan itu sukar..

sesungguhnya dah tercatat sudah jodoh kita.. antara dipertemukan atau belum jew.. sabar yew sang suami.. jom sama-sama kita mencari kesempurnaan dalam diri.. dan saling melengkapi..


Tadi terbaca nameeroslan.blogspot.com.. dia cakap jangan letak expectation yang tinggi dalam rumahtangga takut nanti kecewa.. ok.. so saya tak letak expectation pada sang suami saya.. tapi saya sentiasa doakan suami saya adalah  yang terbaik.. dan kami saling melengkapi.. dan paling penting ada ciri yang saya nak..
1. suami yang soleh..
2. bapa yang baik dan penyayang..
3. suami yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat dalam keluarga untuk jadi yang terbaik.. 
4. dan sama-sama mencari kejayaan hidup di dunia dan akhirat..
5. tak pernah lupa tanggungjawab sebagai suami dan ayah..menjaga.. mendidik.. mendorong.. keluarga mencapai kejayaan hidup didunia dan akhir..
6. sentiasa memahami aku dalam apa jua keadaan.. harap my husband ada instinct tue.. untuk memahami keadaan isterinya yang macam-macam kerenah nie dan sentiasa ingin dilindungi..
7. dan yang terakhir.. AKU adalah orang atau sumber inspirasi dia untuk dia lebih berjaya.. mean macam dia jadikan aku idola la.. dalam senyap.. walaupun dia tak pernah cakap..
(kalau kawan aku boleh jadikan aku sebagai persaingan dia untuk lebih berjaya.. why not my husband jadikan aku sebagai sumber inspirasi untuk lebih berjayakan..betul tak..)


tue jew harapan aku.. insyallah.. mohon diperkenankan ya allah.. dapat suami macam nie.. amin..

p/s :Aku memang suka bahasakan diri dengan macam-macam.. kekadang kengkawan aku pun confius.. kejap kami.. kejap saya.. kejap aku.. kejap orang.. kejap nama sendiri.. tapi sebenarnya aku dah spesifikkan dengan siapa aku guna kata ganti diri tersebut.. cuma kekadang tersasul jew yang jadi celaru tue..




Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...